Kebodohanku


Aku tak dapat nak kakukan hati aku dari terus merindui dia. Kadangkala aku terasa teramat bodoh membiarkan hati aku merindu pada insan yang selalu menyakiti aku. Aku selalu biarkan diri aku tergoda dengan ungkapan maaf dari dia.  Dia hanya manusia biasa tapi entah mengapa aku hanya mampu tersenyum walau hati aku terluka.
Kejam? Usah dicerita. Aku selalu kejam pada diri aku sendiri. Aku masih mampu ketawa biarpun hati aku sedang merana. Walau kadang-kadang aku rasa hati aku bagai dihiris-hiris tanpa perasaan. Aku tak dapat mengelak dari kelakuan bodoh serupa ini. 


No comments:

Post a Comment

SILA TINGGALKAN COMMENT ANDA
AGAR SAYA BOLEH MENGENALI ANDA LEBIH LANJUT
TERBAIK !!!