Kosong

Bila kau dah makin dewasa. Kau dah cukup memahami perkataan jemu. Sampai satu tahap apa yang kau ada dah tak berguna lagi. sampai kau rasa kau dah tak perlukan apa yang kau ada. Sebab hati kau dah jemu, hati kau dah hancur sampai lebur dan kau takkan ingat apa-apa kecuali menunggu mati......

Hilang

Ada masa kau takkan sedar bila kau kehilangan seseorang. Bila kau perlukan dia, dia takde... kau dah tak jumpa dimana dia. Dia hilang sampai kau putus asa. Dia hilang tanpa tinggalkan jejak. kau betul rasa kehilangan dia.............

Entah

18/11/2014

01:13am



Dalam hidup kita.Walau kita susah jangan sesekali tunjuk kesusahan pada ibu ayah kita , sebab mereka dah susah payah besarkan kita tuk jadi manusia .. ( yang sekarang ni) . Ketepikan ibu ayah hanya kerana cinta, darjat dan kedudukan kita sekarang ... Tak memadai kot !!!!!

Akan pergi

Bunyi petikan gitar mengiringi perjalananku dalam hujan
Dengan langkah yang perlahan aku menoleh kebelakang
Kau sedang meneguk minuman keras dengan riang
Dan jari kau sedang menari-nari diseraut wajah yg kukenali
Aku teruskan langkah dan mengaut semula memori yang harus ku padam
Berdansa dalam parti
Mendongak melihat bulan dan bintang diatas bumbung
Berlari digigian pantai
Pelbagai memori datang dengan riang memenuhi ruang ingatan
Dan hari ini aku harus meramas memori dan campak
Dalam telaga sepi biar aku tak jumpa cari
Kembali ......

Kau kesayanganku

Marilah kearahku dan pegang tanganku, kita menuju ditempat permainan kita masa kecil dahulu. Bawalah aku dan tunjukkan jalan kerana pada pandanganku semuanya kelabu suram... Aku terbaring sepi sendiri menanti kau berlari kearahku dan aku harap goncangan tangan kecilmu kan menyedarkanku dari lena yang panjang ini. Namun harapanku kian tewas dalam memilikimu. Ku lihat kau gembira dan ketawa dengan riang tanpa menyedari  yang aku lesu dihamparan rumput kering kontang dipenuhi manik-manik halus menanti kepasrahan yang lelah.....


Dihujung waktu ini biarkan nafasku sehabis bersama waktu ku rindui dirimu ....



Bahagialah Kekasihku

Kekeasihku .... Malam ini kerinduan datang lagi bertamu dijiwaku .. Selembar kenangan bermain dijiwaku mengasyikkan sehingga aku terlena bersama deraian air mata . Aku sendiri tanpa dirimu disini aku mengizinkan diriku menatap malam dengan angin meniup sepi dan mendakap tubuhku dalam diam . Engkau akan bahagia disana bersama dirinya dan aku disini sendiri tanpa sesiapa menemani ... ku letak tangan dadaku dan ku sebut namamu . Menyakitkan namun aku bahagia ... Aku harap kau akan sentiasa bahagia .... Bahgaialah kekasihku kerana aku tak mampu akhiri apa yg aku awali ...

Bulan Dan Bintang

Mereka bertanya kepadaku ..
Mana bulan ?
Mana Bintang ?
Termangu sebentar sebelum aku berikan jawapan
Bulan dan bintang semakin hilang
Diliputi awan yg suram
Apakah kau tak kelihatan ?