Keluh ....




Sayang ...
Sukarnya aku mentafsir dirimu ...

Kerinduanku ...

Ada rindu yg datang
Tika mentari mula menyinar
Di pagi yg syahdu

Ada rasa yg menyala
Membakar hati
Menyemarakkan rindu

Ada pilu menyentuh kalbu
Tiap kali sepiku berlabuh
Tika duka kian menerjah

Namun, gemersik rindu dan sayangku
Nyanyian yg memberiku harapan
Memberiku kekuatan
Menempuhi gelora kehidupan

Lalu, aku pun pasrah
Sebenarnya kaulah segalanya bagiku
Kekasih
Sentiasa ada
Saat aku perlukan-MU ....

Faridah Mansor
-Jitra Kedah-

Saya ....


Walau hari-hari berlalu
Kasih sayang saya takkan berubah
Sehingga suatu hari nanti saya menutup mata untuk selamanya
Saya nak awak tahu,
Awaklah cinta pertama dan terakhir buat saya..



Pulau Serai , Dungun Terengganu

Aku adalah Aku


Siapakah aku disebalik tirai takdir yg kusam ini? Jawapan itu tertunggak oleh keluhan putus asa oleh seorang insan yg sering menolog dalam diri sendiri. Dilantai jejaki ini sering mengundang keraguan. Aku ini siapakah? Mengapa orang seperti aku harus hidup? Memerhatikan kitaran hidup manusia kian berubah waktu demi waktu. Aku bukan siapa-siapa, aku hanya seorang manusia yg hidup tanpa perasaan. Emosiku diragut oleh orang yg aku sayang. Dimanakah perasaanku? Perasaanku telah lenyap bersama impian yg terbakar oleh dek hidup yg terlalu panjang untuk dilangkahi. Masih wujudkah cebisan kasih sayang dihatiku ini? Entahlah, aku harap aku hanya sekadar bermimpi diwaktu ini …


Kebodohanku


Aku tak dapat nak kakukan hati aku dari terus merindui dia. Kadangkala aku terasa teramat bodoh membiarkan hati aku merindu pada insan yang selalu menyakiti aku. Aku selalu biarkan diri aku tergoda dengan ungkapan maaf dari dia.  Dia hanya manusia biasa tapi entah mengapa aku hanya mampu tersenyum walau hati aku terluka.
Kejam? Usah dicerita. Aku selalu kejam pada diri aku sendiri. Aku masih mampu ketawa biarpun hati aku sedang merana. Walau kadang-kadang aku rasa hati aku bagai dihiris-hiris tanpa perasaan. Aku tak dapat mengelak dari kelakuan bodoh serupa ini. 


Dalam diam


Aku menulis ayat-ayat yang monolog dalam jiwa
Tentang keresahan hati sendiri
Berbicara pada diri sendiri
Tanpa sesiapa yang mampu mendengar
Aku biarkan suara-suara yang bergema dalam diri
Kadangkala aku tak mampu tepis apa yang berlaku pada aku
Ada masa aku tersenyum seorang diri
Ada masa aku rasa terlalu sedih bila sesuatu perkara  bertapak dihati
Terleka dengan dunia ciptaan
Tanpa menghiraukan bicara yang asing dipendengaran
Aku resah .. aku takut
Aku bukanlah seorang berani dengan berhadapan dunia reality
Andailah meraka tahu ..
Betapa deritanya aku … sudah tentu mereka takkan berkata apa-apa ….


Leburan Sekeping Hati


Saat itu aku terdampar ditepian rindu yg mustahil untuk aku pengaruhinya. Aku bukan siapa-siapa untuk meletak diri aku didasar rindu yg bisa bunuh manusia bersama hati yang kegeringan. Aku bersama jiwaku hanya dipengaruhi alam yg menyesakkan aku. Biarlah aku dinodai oleh mimpi-mimpi yg melenakan dari mimpi-mimpi yg menjeratkan. Hati aku telah lama hancur menjadi keping-kepingan darah yg  kering. Aku manusia yg selalu menuju kelaluan cinta walaupun hanya diungkap kata-kata rindu yg tidak jelas maknanya. Aku tahu aku hanya dipermainakan oleh raungan hati  manusia yg telah tersakiti pada sama lalu. Aku membiarkan ia rakus merobek tangkai hati ini kerana aku tidak merasa apa-apa pun. Jauh sekali aku merasa sakit. Hati ini telah lali di injak pergi tanpa alasan yg bisa membuat aku terdiam. Kini aku hanya menyapa hati manusia yg sedarjat dengan hati aku kerana aku belum bisa melupakan rayuan kemaafan dari orang yg telah menyentuh kehidupanku …. 

Perasaan

Perasaan itu seperti angin sayang .....
Menyapa .. Mendakap .. Mengucup ... Lalu hilang
Tetapi ... Ia akan kembali buat perkara yg sama
Sehingga satu saat kita kan jadi terbiasa .....



Cinta Membunuhku

Cinta yg kujalani
Tak seindah yg ku inginkan
Kau mainkan hatiku
Biarlah aku yg pergi
Kau kata masih cintamu untukku
Kau kata masih hanyalah diriku
Tetapi kau menjauh dariku
Cinta yg ku alami tak pernah sedalam ini
Kau ambil separuh nafsku
Dan Hilanglah segalanya ....



Puisi Hairi Fadzil

Amukan dalam diri ...

Ditanah yg gersang
Merekah menanti titisan hujan
Agar subur benih yg kian lama terpendam
Raungan usah dicerita
bagai halilintar yg membelit nyawa
Cukup tragis !!
Aku termangu seketika
Untuk menerus aku tak berdaya
Dalam terpaksaan menerus perjalanan
Bau hanyir bagai mata air
Mengalir tanpa henti
Hiba ... amuk terus menghala peluru
hancur tiada yg tinggal
Tangis terus menerus
Hanya nyayian sendu diliputi mega ...