Entah

18/11/2014

01:13am



Dalam hidup kita.Walau kita susah jangan sesekali tunjuk kesusahan pada ibu ayah kita , sebab mereka dah susah payah besarkan kita tuk jadi manusia .. ( yang sekarang ni) . Ketepikan ibu ayah hanya kerana cinta, darjat dan kedudukan kita sekarang ... Tak memadai kot !!!!!

Akan pergi

Bunyi petikan gitar mengiringi perjalananku dalam hujan
Dengan langkah yang perlahan aku menoleh kebelakang
Kau sedang meneguk minuman keras dengan riang
Dan jari kau sedang menari-nari diseraut wajah yg kukenali
Aku teruskan langkah dan mengaut semula memori yang harus ku padam
Berdansa dalam parti
Mendongak melihat bulan dan bintang diatas bumbung
Berlari digigian pantai
Pelbagai memori datang dengan riang memenuhi ruang ingatan
Dan hari ini aku harus meramas memori dan campak
Dalam telaga sepi biar aku tak jumpa cari
Kembali ......

Kau kesayanganku

Marilah kearahku dan pegang tanganku, kita menuju ditempat permainan kita masa kecil dahulu. Bawalah aku dan tunjukkan jalan kerana pada pandanganku semuanya kelabu suram... Aku terbaring sepi sendiri menanti kau berlari kearahku dan aku harap goncangan tangan kecilmu kan menyedarkanku dari lena yang panjang ini. Namun harapanku kian tewas dalam memilikimu. Ku lihat kau gembira dan ketawa dengan riang tanpa menyedari  yang aku lesu dihamparan rumput kering kontang dipenuhi manik-manik halus menanti kepasrahan yang lelah.....


Dihujung waktu ini biarkan nafasku sehabis bersama waktu ku rindui dirimu ....