Menyakitkan .....

Dalam diri aku hanya ada kekosongan
suatu hari nanti aku harap
aku dapat wujudkan sebuah rasa yg sukar aku nyatakan
tapi aku dapat rasakan ia amat mustahil...
perginya dia menambahkan luka
perginya dia juga menghilangkan rasa...
aku dapat mewujudkan diri aku sendiri dalam diri aku
aku berbicara dengan diri aku sendiri
kerana teman aku sekarang hanyalah diri aku .....

Aku Lelah !!

Siang kian merangkak pergi meninggalkan aku yg terkebil-kebil dijendela terbuka luas. Alam yg riuh kini makin sunyi menghimpunkan lara yg bersarang dihati. Aku tak tahu sampai bila aku harus menjadi perlarian seperti ini. Aku takut dengan bayang aku sendiri. Aku sendiri tidak memahami keadaan diri aku sendiri. Ia sungguh meletihkan aku! Aku rasa ingin semuanya berakhir hari ini juga. Kalaulah dia ada, tidaklah aku menjadi seperti ini....

Perasaan ...

Siapakah aku disebalik tirai takdir yg kusam ini? Jawapan itu tertunggak oleh keluhan putus asa oleh seorang insan yg sering menolog dalam diri sendiri. Dilantai jejaki ini sering mengundang keraguan. Aku ini siapakah? Mengapa orang seperti aku harus hidup? Memerhatikan kitaran hidup manusia kian berubah waktu demi waktu. Aku bukan siapa-siapa, aku hanya seorang manusia yg hidup tanpa perasaan. Emosiku diragut oleh orang yg aku sayang. Dimanakah perasaanku? Perasaanku telah lenyap bersama impian yg terbakar oleh dek hidup yg terlalu panjang untuk dilangkahi. Masih wujudkah cebisan kasih sayang dihatiku ini? Entahlah, aku harap aku hanya sekadar bermimpi diwaktu ini …

Cinta??

Aku sudah jatuh cinta..
Namun mengapa hatiku sungguh takutkan cinta?
Kata hatiku, jalan dihadapan penuh dengan cabaran,
Dan destinasinya tidak diketahui..

Kenyataan Pada Diri

Bila kita kehilangan yg sungguh bermakna buat kita. Kita tak tahu antara sedar atau tidak yg sebenarnya kita hidup tanpa arah tujuan. Kita biarkan kekosongan menghuni kamar emosi kita. Kita biarkan memori tersingkap begitu perlahan. Ia seakan membiarkan kita menikmati akan semua ini, lalu kita jadi tidak waras. Kewarasan kita makin pelan lalu ia terhenti secara tiba-tiba. Jadi dimanakah perjalanan kita? Buntu hingga masalah yg berselirat makin tersimpul mati.

Aku

SUATU HARI HAKU TERMANGU DENGAN KATA HATIKU SENDIRI, TERSENTAK DENGAN MONOLOG DALAM DIRI YANG TERPENJARA SEKIAN LAMA. TAHUN BERGANTI TAHUN NAMUN SUKAR UNTUK HAKU MENOLAK KEHADIRANNYA YANG SELALU MEMERHATIKAN HAKU DARI JAUH. DIA TAK UBAH SEPERTI ANGIN MENYAPA KALA SUNYI DIWAKTU HAKU SENDIRI. DIA HANYA MELIHAT HAKU DARI JAUH. DIA HANYA MENGUTUS SALAM RINDU DENGAN SEHELAI KERTAS. KERINDUANNYA BERBAU HANYIR, IA PENUH DENGAN KESENGSARAAN YANG  SUKAR DIUNGKAP. CUKUP DENGAN TULISAN TANGANNYA, HAKU SUDAH TAHU HATI DIA SUDAH REMUK BERSAMA KEBISUAN HAKU. HAKU SUDAH JEMU MENGHANTAR PANDANGAN TANDA AMARAN NAMUN DIA MASIH TIDAK MENGUNDUR WALAU SETAPAK . HAKU BUKAN MENGAJAK DIA BERPERANG DENGAN EMOSI TAPI HAKU SELALU MENGAJAK DIA MENGHENTIKAN KASIH SAYANG DIA YANG SELALU MENJERUT HATI HAKU INI. SALAH HAKU KAH BILA HAKU TERPAKSA MENGELUARKAN KATA-KATA YG KURANG ENAK? HAKU NAK DIA HENTIKAN SEMUA INI TERMASUK BERHARAP PADA HAKU. HAKU MANUSIA YG BERJIWA KOSONG. HIDUP HAKU SUDAH TIADA MAKNA BILA HARAPAN DAN IMPIAN BERSATU LEBUR HANCUR MENJADI DEBU YG BERTERBANGAN. JANGAN JADIKAN HAKU MANUSIA YG SERBA SALAH LAKUNYA DIHADAPAN HARAPAN PENUH BAYANG.HAKU MANUSIA YG SUDAH MATI KEHENDAKNYA. DIMANA ADA JALAN ITULAH LALUANKU.DIMANA ADA TEDUHAN ITULAH HENTIANKU…..

Rindu ...

Telah lupakah bagaimana rasanya rindu itu ?
Sungguh kasihan apabila rindu itu mengesot di lantai jejaki hidup
Rindu itu telah cuba ditepis
Namun rindu itu kembali ..
Memohon pimpinan suara yg sengsara ...