Bahagialah Kekasihku

Kekeasihku .... Malam ini kerinduan datang lagi bertamu dijiwaku .. Selembar kenangan bermain dijiwaku mengasyikkan sehingga aku terlena bersama deraian air mata . Aku sendiri tanpa dirimu disini aku mengizinkan diriku menatap malam dengan angin meniup sepi dan mendakap tubuhku dalam diam . Engkau akan bahagia disana bersama dirinya dan aku disini sendiri tanpa sesiapa menemani ... ku letak tangan dadaku dan ku sebut namamu . Menyakitkan namun aku bahagia ... Aku harap kau akan sentiasa bahagia .... Bahgaialah kekasihku kerana aku tak mampu akhiri apa yg aku awali ...

Bulan Dan Bintang

Mereka bertanya kepadaku ..
Mana bulan ?
Mana Bintang ?
Termangu sebentar sebelum aku berikan jawapan
Bulan dan bintang semakin hilang
Diliputi awan yg suram
Apakah kau tak kelihatan ?

Tidak cukupkah ?

Waktu yg berlalu menghentikan ingatan aku padamu. Selama kau ada diingatan aku , aku dah cukup rugi dengan membuang masa aku yg ada...

Waktu yg berlari 
Tidak mungkin kembali
Alam jadi saksi
Ikhlas suci
Tak dihormati ...
Kepenghujung langit merah 
Akan ku lontar jeritanku
Bersama kesetiaanku terhadapmu ....

Itu adalah lirik BICARA TENTANG SETIA yg harus kau latih diri kau tuk memahami... Aku hanya peneman kau kala kau bosan hingga mencetus kebencian pada hati aku ...

05 Jun







Setelah lama kau menghilang
Setelah aku gagal mencari dirimu
Setelah lama kita tak bertentangan mata
Setelah lama kita tak berselisihan
Setelah lama menyimpan kerinduan ....
Jawapan ini melukakan ....
Menghancurkan sebuah impian .....



05 Jun kita bertentangan
05 Jun kita berselisihan
05 Jun kita bertemu setelah lama kau menghilang
Dan ...
05 Jun aku telah tahu jawapan ...
05 Jun terbongkar persoalan
05 Jun jawapan ada dalam genggaman 
05 Jun berakhirnya satu penantian ...
05 Jun aku lontar kau jauh dari hati aku ...
05 Jun aku berterima kasih sebab melukakan hati aku ....


19 April

            19/04 aku terima cintamu ... Kau kata telah lama kau intai aku dicelah gelagat manusia yg sentiasa dampingi aku , yg selalu ketawa bersamaku . Aku tersenyum dengar cerita darimu . Kau bongkar segala rahsia hatimu saat aku jadi hari pertama kekasihmu . Kau tak henti-henti bercerita tentang aku yg pemalu . Ketika kita berselisihan aku tak memandang pun kau bukan sebab aku sombong tapi sungguh aku pemalu orangnya . Kau seolah-olah berikan aku harapan . Harapan yg boleh menyebabkan aku akan mati bersama harapan-harapan yg kau berikan .
            Betul tekaanku , kau jerut aku harapan yg aku sendiri tak tahu bila masanya berlaku . Apa yg pasti aku penunggu setia yg menantimu .. Hanya sebentar kau mengucap cinta , hanya sebentar kau mengucap sayang , hanya sebentar kau mengucap rindu dan hanya sebentar cinta yg kau berikan ...
            Aku tak tahu kau berada dimana , aku tidak lagi melihatmu ditempat selalu kita berselisihan , aku tidak lagi mendengar ucapan salammu , aku tidak lagi menerima SMS darimu , aku tidak lagi menerima panggilan darimu . Kau dimana ? aku tak tahu kau dimana .. Saat berganti saat . Minit berganti minit . Hari berganti hari . Minggu berganti minggu . Bulan berganti bulan , kau tak juga muncul . Kau tak juga hadir dalam penantianku ...
             Aku tak tahu apa yg perlu aku lakukan agar aku tahu tentang dirimu ... hanya berapa hari kita sempat mengucap kata rindu dan kau pergi berlalu . Aku harus melupakan mu kerna aku telah tahu apa jawapanmu yg sedang kau beritahu ...

Terima Kasih Awak  ...

Cinta tiada lagi

Kosong ...
Tiada halangan ... tiada rayuan
Pandangan .... renungan .. tajam
Kosong .. terbuang .. tiada Rentak
Tiada dan tiada ..
Sunyi dalam kegelapan
Bintang tiada kelipan
Bulan sembunyi disebalik awan
Sakit meruntum hati
Perit melelahkan jiwa
Aku letih ...
Perselisihan sebentar tadi ...
Kosong ... Seperti tidak berpunya
Cinta tiada lagi ...
Bukan untukku
Bukan kepunyaanku lagi ...
Kosong .... telah tiada ditapak hatinya ...

Aku Dan Diri Aku

Saat mereka berlari
Ketawa memecah heningan malam
Bercerita tentang kelucuan
Aku hanya menyimpul senyuman
Aku tidak bijak ketawa seperti mereka
Aku hanya bijak memandang alam
Langit yg kelam
Bintang bersembunyi disebalik awan
Cahaya bulan semakin kelam
Rintik-rintik gerimis mencorak diatas debu
Semakin kasar
Kayu yg dikabar api semakin malap
Hampir terpadam
Mereka bertempiaran melarikan diri ingin berteduh
Tapi aku menadah tangan merasakan rintik gerimis yg dinamakan hujan
Alam seakan menagis akan keadaan diriku ...
Huajn seakan memahami erti hatiku ...

Maaf



Maaf ...
Aku tak tahu bagaimana
Ini semua berpunca dariku
Aku yg menyebabkan diri aku sunyi kembali
Aku tak berlajar menghargai
Kau terus pergi tanpa berpaling

Aku dekati tapi kemana hatimu telah pergi ?
Siapakah yg curi ?

Maaf .. Aku takkan bertanya lagi
Kerna ini berpunca kesilapan diriku sendiri ...

Seumpama

Membina perasaan cinta bagaikan membina bangunan . Ketika itu mungkin tangan dan badan kita akan terluka . Pedih terasa , waktu itu bukan bahagia yg datang tapi kesengsaraan .. Dan yang paling bimbang , aku mati menderita sebelum bangunan itu siap terbina ..


Biarkan Bunga Itu Layu 1

        Biar hanya aku yg tahu tentang kisah lara ini.Betapa pun aku mencintaimu, kau tetap bukan milikku.Aku tak berdaya membuang rasa rindu dan cinta ini walau beribu batu aku sembunyi. Mendakap bayang-bayangmu, hanya itu yg aku mampu miliki .
       Aku tak pernah dapat mengusir sebuah rindu yg menyakitkan.Betapa pun hati ini parah bernanah,aku tak rela mencalar cinta ini padanya.Biar ak
       Aku tak pernah dapat mengusir sebuah rindu yg menyakitkan.Betapa pun hati ini parah bernanah,aku tak rela mencalar cinta ini padanya.Biar aku saja yg menelan hempedu cinta yg tak pernah kau pandang.


Surat terakhirmu ...

Ada satu nama yg telah tertaman disudut hatiku paling dalam.Sukar nak kugambarkan betapa hendak ku biarkan ia bercambah menjadi pohonan yg rendang pada batinku.Kerana akarnya bisa menjalar dan mencengkam salur darahku dalam diam dan ketika itu tanpa aku sedar ia akan membuatku berfikir akan kematian yg akan menjemputku tak lama lagi ..Betapa bodohnya ku rasakan saat ini.Aku biarkan ia mengucap rindu yg aku tahu tiada makna disebalik kata-katanya.Ia mepersoalkan akan kerinduan padanya dengan tulus aku menjawap aku rindukan kau sangat2.Dengan jelingan mata jelas terpamir senyuman sinis yg sering dia sembunyikan dariku.Maafkan aku kerana aku telah terlanjur mencintaimu.Aku biarkan saja padahal hatiku sering berkecai dengan senyumannya dengan tuturnya dan dengan ungkapannya.Dia telah menggores hatiku dalam diam.Mengapa kau berikan harapan sedangkan kau kan tahu aku seorang mudah jatuh cinta.Aku bukan seorang pendendam dan dalam diam aku tulus memaafkanmu.Kau biarkan aku monolog dalm diriku saban malam.Hargailah aku walau seketika kerana entah esok mahupun lusa mungkin aku telah tiada ...


yg benar 
Khairul Airul



Perasaan Aku ...


SEKARANG CARA UNTUK BERCINTA PUN TELAH DILUPAKAN
PERASAAN BERKASIHANI PUN TELAH HILANG
SIBUK DENGAN KEHIDUPAN
PENUH RASA DENGKI DISEBALIK SENYUMAN ...

Tiada Erti

HARI2 YG TERINDAH SEMAKIN HILANG
SEMAKIN KABUR
SEMAKIN GELAP
TIADA HARI2 YG LAIN TUK AKU LIHAT DGN SEMPURNA .....
HARI INI
HARI ESOK
MAHUPUN HARI YG LUSA .....
JALAN CERITA SEMUANYA SAMA ....

Kekasihku ....

Kekasihku ,
Disaat namaku dikeluarkan dari dadamu
Degupan ini semakin pelahan
Dan semakin hilang
Disaat namaku dilemparkan
Aku kian pasti 
Tiada tempat untuk aku kembali lagi ...
Nyanyian ombak yg menghempas
Nyayian angin yg menderu
Telah menyesakkan nafasku yg ditindih rindu
Ragaku kian telah dilumat bersama-sama keterlanjuranku ....
Mencintaimu ....